Mother Tongue Language
Our Approach
The Meridian Mother Tongue Language curriculum focusses on skills acquisition and experiential learning. Our students strengthen their mother tongue language ability in a progressive and fun manner, through classroom discussions, cultural games and hands-on activities. At the lower secondary level, students learn broad-based knowledge about their mother tongue. At the upper secondary level, students understand the usefulness of their mother tongue from industry programme, like radio station talks and podcast workshops. The high-progress learners are provided with extra learning opportunities through competitions and writing workshop.
Check out our alternative assessments Video-log by our Sec 2 students by clicking on the links below:
Programme Highlights - Chinese Language
中一文化营
-
制作风筝、剪纸和武术工作坊
母语双周
中二:了解本地及传统中华文化,如红龟粿、薄饼、饮茶、篆刻等。
中三:音乐电台 校园活动/ 歌唱 校园活动
文化随意门
-
2025 – 观看华语戏剧
作家驻校计划
-
2025 – 散文创作坊
华文华语的学习不应止于华文课堂。美廉中学华文部在注重课堂教学努力提高学生华文程度的同时,常年为学生举办或组织学生参加各类华文华语活动。希望通过营造有利于华文华语学习的环境,让学生在现实的文化情境中学习相关的词语和文化知识。这些活动不但让丰富了学生学习华文华语的经验,更培养和激发了学生学习华文华语的兴趣和热情。


华文文化营
我校华文部每年为中一新生举办文化营活动,目的是让学生了解和感受华族文化的意趣和精髓。每年的活动有所不同,比如制作竹简、捏制泥塑、画脸谱、绘彩扇、雕刻佩章等。
中一文化营为学生提供了沉浸式的动手学习体验。学生们亲手制作了风筝,还拿起剪刀尝试剪纸,在经验丰富的武术教练的带领下,学习了华族武术的基本动作,也被令人惊叹的武术表演所吸引。总而言之,这些活动加深了他们对华族文化的了解。





Programme Highlights - Malay Language
2025
Feb – Pertandingan CendekiaSahibba
Para pelajar Meridian telah berpeluang untuk bertarung dalam Pertandingan CendekiaSahibba yang dianjurkan oleh Sekolah Rendah Riverside dan Sekolah Menengah Changkat Changi. Pertandingan ini diadakan pada 22 Februari 2025 di Sekolah Menengah Changkat Changi
Lesung bukan sebarang lesung
Lesung dari Tanjung Kelik;
Renung bukan sebarang renung,
Renung mencari kata terbaik!
Semangat kental para peserta tetap menyerlah dalam keaadan tegang walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir. Syabas kepada mereka yang berani keluar daripada zon keselesaan pada Sabtu dari jam 8 pagi -12 tengah hari untuk bertarung dan berhadapan dengan para pelajar Menengah 4 di medan pertandingan!
Queaisyah dan Shaura Marissa akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan Sahibba seterusnya, Mesra Sahibba Singapura pada 25 Mei 2025 nanti di Dewan Persada, Wisma Geylang Serai. Semoga berjaya Queaisyah Bt M Zaki dan Shaura!

Rakan Bahasa
Sekolah Menengah Meridian mencalonkan dua lagi Rakan Bahasa dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu yang mempamerkan kecintaan terhadap bahasa dan budaya Melayu. Perlantikan mereka yang disokong Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) memberikan Rakan Bahasa ruang dan peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara bahasa dan budaya Melayu yang dianjurkan di peringkat sekolah dan kebangsaan.
Tahun ini, Que’aisyah Binte Mohammad Zaki (Men 2-6) dan Mohammad Anaqi Bin Mohammad Isham (Men 1-6) akan menerima perlantikan mereka dalam majlis anjuran MBMS pada 15 April 2025 bersama Rakan Bahasa lain dari peringkat rendah, menengah dan maktab.
Sebelum itu, Aisyah dan Anaqi telahpun dilibatkan dalam sambutan Hari Raya sekolah yang diadakan sepanjang dua minggu pertama penggal dua sebagai pengacara segmen Recess Raya dan Kuiz Raya bersama-sama Rakan Bahasa yang terdahulu.
Semoga Aisyah dan Anaqi akan menjadi pemangkin semangat rakan-rakan pelajar mereka dalam melestarikan bahasa dan budaya Melayu melalui lebih banyak aktiviti dan acara pada masa hadapan.

Mac-Perkhemahan Kebudayaan Menengah 1: Menyelami Warisan, Menjiwai Nilai
Sebagai sebahagian daripada sambutan Bulan Bahasa Ibunda, pelajar Menengah 1 telah menyertai Perkhemahan Bahasa Ibunda 2025 yang sarat dengan aktiviti budaya.
Antara aktiviti utama ialah bengkel Dikir Barat, yang mengasah semangat kerjasama dan keyakinan diri melalui seni persembahan tradisional. Pelajar juga mengikuti bengkel Khat Jawi, di mana mereka menulis nilai sekolah – Daya Tahan, Jujur, Prihatin, dan Rendah Hati – dalam tulisan jawi. Aktiviti ini memperkukuh pemahaman mereka terhadap nilai-nilai murni sambil menghargai seni warisan. Akhir sekali, pelajar mempelajari tentang busana tradisional Melayu, termasuk cara memakai tanjak dan samping. Aktiviti ini membuka ruang untuk mereka mengenali dan menghargai keunikan budaya sendiri.
Perkhemahan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memperkukuh jati diri dan rasa bangga terhadap warisan bahasa dan budaya Melayu.

April – Sambutan Hari Raya
Pada tahun ini, sambutan Hari Raya lebih meriah dengan pelibatan pelajar dan kaki tangan Sekolah Menengah Meridian yang candi lagi bersemangat.
Bertemakan Meraikan Tradisi Raya Dengan Sentuhan Moden, sambutan Raya 2025 menyaksikan pelajar-pelajar menyahut cabaran menyanyikan lagu-lagu Raya melalui acara Recess Raya pada 28 Mac 2025 yang diterajui Rakan-rakan Bahasa dahulu dan kini. Hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada peserta yang termasuk pelajar bukan Melayu sekiranya mereka menyanyikan korus lagu Raya dengan betul. Video-video acara yang menyeronokkan ini berjaya menarik ratusan tontonan apabila ianya dikongsi di akaun Instagram sekolah. Tidak disangka bahawa sekolah ini menyimpan begitu ramai pelajar dengan bakat terpendam!
Kaki tangan Sekolah Menengah Meridian juga tidak ketinggalan dengan video Serumpun Raya yang dirakam untuk tayangan semasa konsert Raya pada 2 April 2025. Dengan terang hati, mereka seronok mempelajari pergerakan ala-ala bahasa isyarat mengikut video Raya Mimi Fly. Sorakan para pelajar yang teruja menonton guru, pegerai kantin dan pegawai keselamatan sekolah mereka menggambarkan penghargaan yang jarang diperlihatkan pada hari-hari biasa.
Konsert yang diacarakan oleh Rakan Bahasa 2023 ini juga menampilkan 18 pelajar-pelajar Menengah 3 dalam segmen kejutan yang cukup menghiburkan. Persembahan dikir barat memang amat dinanti-nantikan dan gabungan pelajar-pelajar Bahasa Melayu ini tidak menghampakan.
Pada akhir konsert yang turut menawarkan hadiah seperti ketupat berisi manisan melalui segmen Kuiz Trivia Raya, para penonton khususnya golongan pelajar kelihatan ceria dan ramai yang menyuarakan perasaan teruja dalam menantikan sajian Raya pada tahun hadapan.
