Mother Tongue Language
Our Approach
The Meridian MTL curriculum is one that marries the central MTL syllabus with that of our school-based curriculum. The department constantly explores formative assessments as scaffolds to support students’ progression in learning and henceforth to better bridge students’ targets to summative assessments.
Through the experience that explores differentiated strategies customized to enhance the three core focuses of teaching and learning MTL, namely Skills Acquisition & Enhancement, Cognitive Thinking and Authentic Experiential Learning, we hope to develop our students holistically as caring, creative, and confident individuals.
Highlights - Chinese Language
中一文化营
- 2022 – 线下工作坊:制作泥塑和风筝
- 2021 – 线上工作坊:制作脸谱和扇画
- 2020 – 线上讲故事会:孙悟空三打白骨精
母语双周
- 2022
中二米食文化,制作红龟粿
中三学习篆刻
中一至中三创意作文比赛 - 2021
中二制作泥塑
中三欣赏稻米文化
中一至中三创意作文比赛 - 2020
中一至中四京剧变脸艺术
中一至中三创意作文比赛
文化随意门
- 2021 – 观看华语戏剧《孙悟空龙宫借宝》
- 2022 – 观看华语戏剧《包小龙捉贼记》
作家驻校计划
- 2022 – 中文词曲创作坊
- 2021 – 从新闻到小说: 对记叙文写作的启发
- 2020 – 微小说创作
华文华语的学习不应止于华文课堂。美廉中学华文部在注重课堂教学努力提高学生华文程度的同时,常年为学生举办或组织学生参加各类华文华语活动。希望通过营造有利于华文华语学习的环境,让学生在现实的文化情境中学习相关的词语和文化知识。这些活动不但让丰富了学生学习华文华语的经验,更培养和激发了学生学习华文华语的兴趣和热情。
文化随意门
部门负责老师每年会关注新加坡华语剧团的剧目。如果有适合中学生观看的文艺表演,老师会带领学生走出校园,到剧院观赏这些以华语为媒介的文艺节目,让学生观赏精彩的文艺演出,感受中华文化的艺术魅力。
我校师生看过的演出有很多。例如《我是你爸爸》《一条活动的百纳被》《宁静的国度》《一路笑》《哄堂10》等。演员们的精彩表演让学生们时而会心一笑,时而低头沉思,又或是恍然大悟,拍案叫绝。
文以载道,艺亦载道。这些作品针砭时弊,寓教于乐,也启发学生思考其中所隐含的社会意义。
欣赏中华戏剧表演
中华戏剧,博大精深,但似乎越来越远离当代学生的生活。为了让学生领略“吹拉弹唱”“生旦净末丑”的艺术魅力,华文部每年都邀请京剧艺术中心的演员到我校为学生表演精彩的戏剧。
粤剧《唐明皇游月宫》、京剧《伐东吴》《孙悟空龙宫借宝》,让学生了解了中华经典故事,认识了戏曲人物的角色分类和道具。华丽的戏服、丰富的唱腔、细腻的表情、流畅的动作,给学生带来了一台台精彩的视听盛宴。学生也被邀请到台上与演员互动,学习戏剧的念白和动作,在轻松愉快的气氛中感染华族文化的艺术魅力。

华文文化营
我校华文部每年为中一新生举办文化营活动,目的是让学生了解和感受华族文化的意趣和精髓。每年的活动有所不同,比如制作竹简、捏制泥塑、画脸谱、绘彩扇、雕刻佩章等。
制作竹简是可以让学生体会古人如何在竹片上书写文字,记录和传播讯息。活动中,学生两两配对,一起合作,把八片竹简通过结绳合制成一部简单的书册。学生在竹片上书写的是古诗词,并发挥想象力,为诗句配以图画。学生既能感受到动手合作的乐趣,也能快乐地赏析文学及书画的精妙和深意。
制作泥塑,是用最新材质的超轻无异味的彩泥捏制钥匙扣。制作之前,指导老师给学生讲解了12生肖的传说。随后,每位同学拿到5种颜色的超轻彩泥块,遵照指导逐步制作出钥匙环。很多学生发挥创意,制作出可爱的熊猫、兔子、小鸡、野牛等等。
此外,我们还开展画脸谱、画扇面、雕刻佩章等活动。学生在学习文化常识时,认真投入,在动手制作时,积极互动。整个过程大家都乐在其中,既学到知识、受到文化熏陶,又培养了团结协作的精神。

庆祝农历新年
我们给学生讲新年的故事,我们和学生一起唱新年的歌,我们教学生玩新年传统游戏,我们和学生互道新春的祝福。在一年如夏的新加坡,我们华文部的老师带领全校师生,说春天的故事唱春天的歌曲,迎接春天的到来,恭祝美廉师生新年幸福快乐!
新年到,真热闹。华文部每年在新年期间举办各种庆祝活动。为了让学生了解华族新年文化传统,我们为学生举办了很多传统习俗欣赏活动。包括教学生动手剪“春”字,编中国结,鼓励学生穿传统服装,让异族学生品尝华族新年食物,给老师和家长们送年柑、包红包等。每年迎接新年的重头戏就是全校欢聚一堂,观看文艺表演。节目丰富多彩,表演颇具水准。学生华乐团、马来舞和合唱团的表演都曾获得新加坡青年节比赛金牌奖。我们也曾邀请京剧演员来扮演孙悟空变脸、专业醒狮团表演舞龙舞狮、马来艺术团体表演马来舞曲等。一场农历新年庆祝活动,我们不仅庆祝了华族习俗,同时给学生提供了一个跨文化的学习与欣赏平台,种族和谐的精神得到了宣扬与传承
### Highlights - Malay Language
2022
Ogos 2022 – Aktiviti Dwi Minggu Bahasa, Seni Menganyam
Bukan sekadar melatih penelitian pelajar, tetapi turut mencungkil kreativiti mereka. Itulah yang dapat dicapai para pelajar Menengah 2 menerusi aktiviti menganyam tempat letak minuman. Menerusi aktiviti yang dijalankan selama 2 jam itu, para pelajar dapat mempelajari teknik-teknik menganyam dengan betul. Menurut para pelatih, seni tangan itu semakin pupus ditelan zaman. Maka itulah, ilmu tersebut diharap dapat diturunkan kepada generasi akan datang, seperti pelajar-pelajar Menengah 2 ini. Para pelatih juga berkongsi beberapa pelajar Menengah 2 ini ada kebolehan untuk menganyam dengan baik, Syabas diucapkan kepada mereka!
Ogos 2022 – Aktiviti Dwi Minggu Bahasa, Seni Lukisan Batik
Pada Ogos lalu, lebih daripada 100 Menengah 3 didedahkan dengan aktiviti lukisan batik. Menjangkaui teknik seni lukisan yang diajar oleh guru-guru mapan, para pelajar Menengah 3 ini juga mempelajari tentang sejarah lukisan batik dan peranan batik dalam dunia Melayu. Setiap pelajar disiapkan dengan alat-alat seni lukisan batik untuk mereka mencubanya. Selepas menghadiri sesi tersebut, beberapa pelajar Menengah 3 ini berkongsi kini mereka lebih dapat menghargai seni batik yang mereka lihat daripada pakaian yang dimiliki oleh keluarga mereka. Syabas!
Julai 2022 – Siri Ceramah dan Kuliah Menengah 3
Pada penggal ketiga tahun ini, Unit Bahasa Melayu Sekolah Menengah Meridian mula untuk menganjurkan Siri Ceramah dan Kuliah bagi pelajar Menengah 3 yang akan mengambil aliran Ekspres. Siri ceramah dan kuliah ini memberi pelajar latihan intensif yang melatih mereka tentang teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan peringkat O. Tujuannya adalah bagi pelajar Menengah 3 mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan akhir tahun pada Oktober 2022, selain memberikan mereka pendedahan seawal peringkat ini agar mereka lebih bersedia untuk menduduki peperiksaan peringkat O kelak. Antara topik-topik yang disentuh termasuklah (a) Penulisan Ekspositori (b) Penekanan terhadap soalan-soalan HOT bagi bahagian kefahaman (c) Imbuhan.
April 2022- Rakan Bahasa
Muhammad Rizq Aqasya dari 1E2 dan Luqman Nurhakeem dari 1E3 telah dilantik sebagai Rakan Bahasa di upacara yang berlangsung secara maya pada 1 April 2022. Pelantikan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) ini akan memberikan mereka peluang untuk mengikut serta dalam aktiviti-akvititi yang dijalankan sepanjang tahun seperti acara “Kembara Rakan Bahasa”.
Meski baru menjejaki alam persekolahan di peringkat sekolah Menengah, para pejuang bahasa ini diberi tugas untuk menggalak dan mengongsi keindahan bahasa Melayu bersama para pelajar menengah Meridian yang lain!
Acara ini dirasmikan secara maya oleh Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan, Cik Rahayu Mahzam.
Mac 2022 – Perkhemahan Kebudayaan
Pada 10 Mac lalu, para pelajar Menengah satu telah didedahkan dengan tiga aktiviti budaya iaitu persembahan Dikir Barat, Kompang dan Tarian Zapin. Menerusi sesi yang dijalankan pelajar diberi pendedahan terhadap sejarah dan kepentingan aktiviti kebudayaan itu dalam era moden.
Menjangkaui aspek teori dan teknikal, para pelajar juga diberi pendedahan untuk bermain alat-alat muzik tradisional, malah turut diberi peluang untuk menari serta berdikir barat.
Sesi amali yang dijalankan ini amat dialu-alukan oleh pelajar selepas mereka menjalani sesi sebegitu secara maya pada tahun-tahu lalu disebabkan pandemik COVID-19.
‘Pelapis’ seni kebudayaan mempelajari cara-cara menggendang dalam persembahan seni dikir barat.
Bukan sahaja para pelajar perempuan yang ingin turut serta dalam aktiviti ini, pelajar lelaki juga turut gigih mempelajari lenggok tarian ini.
2021
Mac 2021 - Pertandingan Bahasa 4PM (Malay Debate Competition 4PM)
Empat pelajar Menengah 3 Ekspres memasuki peraduan debat dalam Bahasa Melayu di peringkat nasional yang dianjurkan oleh Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM). Disebabkan COVID-19 pada tahun ini, pusingan peringkat saringan dijalankan dalam talian. Daripada empat pelajar yang memasuki pertandingan tersebut, Mahirah dan Ryan Aniq muncul sebagai pembahas terbaik bagi pusingan saringan. Syabas diucapkan kepada mereka!
Para pembahas Meridian sedang beraksi dengan menjadi pihak penyanggah bagi perlawanan pertama. Mauduk yang dibahasakan ialah “Rakyat Singapura terlalu bergantung dengan teknologi dalam kehidupan seharian mereka”
Mei 2021 - Aktiviti Dwi-Minggu Bahasa Ibunda bagi Pelajar Menengah 1 (MTL Fortnight Activities for Sec 1 students)
Daripada mempelajari tentang sejarah yang luas tentang Wayang Kulit, hingga kepada pembikinan Wayang Kulit itu sendiri, kesemua pelajar Menengah 1 daripada aliran yang berbeza-beza diberikan peluang untuk menikmati aktiviti-aktiviti tersebut bersempena dengan sambutan Dwi-Minggu Bahasa Ibunda.
Para pelajar memberikan maklum balas menerusi program itu mereka dapat mempelajari dan menghargai seni persembahan tradisional di Nusantara.
Lebih menarik lagi, kesemua aktiviti dijalankan di dalam suasana yang selesa dan selamat disebabkan oleh COVID-19. Aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah masing-masing!

Mei 2021 - Aktiviti Dwi-Minggu Bahasa Ibunda bagi Pelajar Menengah 3 (MTL Fortnight Activities for Sec 3 students)
Ramai yang tahu tentang songkok, namun tidak ramai yang tahu tentang Tanjak. Itulah yang dikatakan oleh para pelajar Menengah 3 selepas mereka menjalani aktiviti membuat Tanjak.
Selain mempelajari tentang teknik pembuatan tanjak, pelajar-pelajar Menengah 3 juga mempelajari tentang sejarah dan kepentingan Tanjak dalam masyarakat Melayu.
Setiap tanjak dibuat dengan menggunakan helaian batik dan keratan suratkhabar.
‘Pendekar’ Sekolah Menengah Meridian yang menampilkan hasil buatan tanjak mereka.
Julai 2021 - Aktiviti Dwi-Minggu Bahasa Ibunda bagi Pelajar Menengah 2 (MTL Fortnight Activities for Sec 2 students)
Tirai program Dwi-Minggu Bahasa Ibunda ditutup dengan aktiviti mempelajari cara-cara menulis huruf Jawi bagi pelajar Menengah 2. Meski tidak pernah menulis tulisan Jawi sebelum ini, para pelajar telah berjaya untuk menulis nama-nama mereka dalam tulisan Jawi dengan penuh yakin selepas program dijalankan.
Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diberikan dengan beberapa alat melukis seperti cat berwarna dan kanvas untuk mewarnakan hasil penulisan Jawi mereka.
Hasil seni lukis dalam tulisan Jawi oleh pelajar-pelajar Menengah 2
Mei 2021 - Translation Competition
Pelajar Nuradlin Qistina Mohd Noh Fadzli telah mewakili Sekolah Menengah Meridian dalam pertandingan terjemahan (3T) Bahasa Melayu ke Inggeris dan Inggeris ke Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Persatuan Budaya Melayu Maktab Rendah Nasional.
Ogos 2021 - Pantun Competiton
Tidak ramai anak muda sekarang yang mempunyai minat mendalam terhadap Pantun. Namun, tidak begitu halnya bagi dua pelajar Meridian ini – Alya Marina Binte Manaf dari 3T1 and Muhamad Ali bin Manaf dari 4A2.
Keduanya bukan sahaja telah menyertai, tetapi muncul sebagai Naib Juara bagi pertandingan pantun ‘Our Malay Kampung Stories’ yang dianjurkan oleh MAEC di bawah kategori sekolah menengah.
September 2021 - NDR Post Dialogue
Membincangkan isu-isu semasa yang ditekankan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan 201. Itulah yang dilakukan oleh wakil pelajar dari Menengah 3 Mahirah, Syazwan, Arif, Ryan, dan Redha.
Kelima-lima pelajar ini menghadiri dialog Pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh MENDAKI, MESRA, dan MUIS (M3). Panelis bagi sesi dialog ini terdiri dari Anggota Parlimen Rahayu Mahzam, Sharael Taha dan Nadia Samdin.

Dialog yang dijalankan secara maya di tengah-tengah pandemik COVID-19
Januari - Program Pengacaraan Dwi-Bahasa (Bilingual Emcees Programme)
Program Pengacaraan Dwi-Bahasa diperkenalkan buat julung-julung kalinya pada tahun ini bertujuan untuk memperkasa dan memberi keyakinan kepada para pelajar menggunakan Bahasa Ibunda. Pengacara telah dilatih untuk mengacarakan program-program Bahasa Ibunda. Dalam masa yang sama, penggunaan Bahasa Ibunda dalam acara-acara kelolaan Jabatan Bahasa Ibunda dapat memberikan pendedahan kepada penonton untuk mempelajari beberapa patah perkataan dalam Bahasa ibunda.

Konsert Hari Raya yang telah dirancang terpaksa dibatalkan kerana berlakunya penularan penyakit Covid-19.
Program Bacaan – Reading Programme
Program Bacaan ini menggalakkan pelajar membaca dengan senyap. Pelajar akan ke perpustakaan pada waktu yang dikhaskan semasa waktu kokurikulum. Pelajar dapat menikmati suasana bacaan yang menenangkan tanpa gangguan di sudut-sudut khas perpustakaan. Setiap pelajar daripada pelbagai peringkat dan aliran akan melaksanakan tugasan sebagai aktiviti pengukuhan.

Mac - Minggu Meneroka Bahasa dan Budaya Melayu (Exploring the Malay Language and Culture Week)
Minggu Meneroka Bahasa dan Budaya Melayu diadakan untuk mendedahkan para pelajar bagi mendalami bahasa dan budaya Melayu. Setiap kohort telah menjalani program yang direka khas.
- Menengah 1 telah mempelajari tentang tulisan Jawi, seni batik dan ukiran Melayu.
- Menengah 2 pula dapat belajar sambil bermain permainan tradisional dan permainan bahasa iaitu congkak, batu seremban, capteh, guli, gasing dan permainan papan; Sahibba dan Saidina serta permainan kad Fikir-fikir.
- Menengah 3, telah menonton filem dan membuat kritikan tentang filem tersebut.
- Bagi kohort pelajar aliran Normal Teknikal, aktiviti terjemahan telah dilakukan bagi menterjemah misi, visi serta sejarah sekolah di tempat-tempat tertentu di sekeliling sekolah.
April - Pembelajaran dalam Talian untuk pembelajaran di rumah (Online HBL Lessons)
Perkongsian Tip-tip Menjawab Soalan Perbualan Lisan oleh Pelajar Alumni – Sharing by an alumnus on tips for answering Oral Examination questions.
Pelajar-pelajar menengah empat berpeluang mengikuti perkongsian oleh pelajar alumni yang berkongsi tip-tip menjawab soalan perbualan lisan. Pelajar Alumni ini berkongsi mengenai ketrampilan berkomuniksai, cara-cara serta teknik untuk berbual dengan penuh keyakinan serta bagaimana memberikan jawapan yang meyakinkan. Pengalamannya sebagai seorng pelajar sedikit sebanyak memberi tip-tip yang bermanfaat kepada para pelajar.
Jun - Rakan Bahasa
Pelantikan duta Rakan Bahasa; Habir Bin Shafeik dari 2E4 dan Siti Aisyah Mahirah dari 2E1 sempena Bulan Bahasa yang dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) tetap diraikan secara maya. Walaupun Majlis Pelantikan telah dibatalkan kerana penularan COVID-19, pelantikan mereka tetap diraikan bersama semua agar mereka dapat mengalami pengalaman pembelajaran dan pengembangan Bahasa Melayu yang bermanfaat. Rakan Bahasa kami yang dilantik; Aisyah (2E1) dan Habir (2E4), berpeluang menjalani latihan mereka secara dalam talian yang dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu.

Ogos - Program Pengayaan dalam Talian – Menganyam Bakul dan Melukis Batik (Onine Enrichment Programme – Basket Weaving and Batik Painting)
Pelajar-pelajar menengah 2 memperoleh pengetahuan mengenai seni menenun melalui program pengayaan dalam talian menerusi sesi secara langsung. Pelajar-pelajar menengah 3 pula berkesempatan untuk mengikuti bengkel melukis batik dalam talian dan mengakhirinya dengan sesi amali melukis batik yang menenangkan.

Perkhemahan Bahasa anjuran Jabatan Bahasa Ibunda
Pada 4hb Januari 2018, pelajar kohort menengah satu daripada pelbagai aliran serta para pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Ibunda di sekolah telah mengikuti Perkhemahan Bahasa. Pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu telah didedahkan kepada aspek teori dan praktikal seni tarian zapin, seni tangan tanjak dan pemakaian samping dan seni muzik angklung. Mereka melalui sesi amali selama tiga jam mengenali setiap seni ini menerusi sejarah ringkasnya, alat muzik yang digunakan serta gerak tari yang penuh bermakna. Perkhemahan ini berakhir dengan kemuncaknya iaitu persembahan ketiga-tiga seni.
Sesi Tarian Zapin
Sesi Angklung
Sesi Tanjak dan Samping
Persembahan Kemuncak
Pementasan Nuri Terbang Malam di Esplanade
Pada 21hb Mac 2018, para pelajar menengah dua aliran Normal Akademik telah menonton pementasan Nuri Terbang Malam di Esplanade. Pementasan tersebut membawa penonton merentasi peralihan genre muzik setempat. Mereka mempelajari tentang perkembangan dan pengaruh muzik dalam dunia seni tanah air. Pementasan tersebut memberi kesan kepada para pelajar yang juga seronok menikmati santapan muzik yang didendangkan sepanjang pementasan.
Pementasan Joget di Esplanade
Pada 23hb Mac 2018, para pelajar menengah dua aliran Ekspres telah menonton pementasan Joget di Esplanade. Pementasan tersebut mendedahkan penonton kepada pelbagai jenis tarian oleh penggiat seni setempat. Mereka mempelajari tentang perkembangan dan pengaruh seni tarian dalam dunia seni tanah air. Pementasan tersebut memberi kesan kepada para pelajar yang memerlukan intepretasi dan pemaknaan terhadap apa yang telah dipersembahkan.

Bengkel Penulisan Naratif
Pada 3hb April 2018, para pelajar Menengah 4 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan peringkat O telah menyertai sebuah bengkel penulisan naratif yang telah dikelolakan oleh Cikgu Djohan Rahman. Beliau telah berkongsi pelbagai cara dan stilistik dalam penulisan.
Peraduan Lumbuba anjuran MAEC Timur Bukit Batok
Pada 14hb Julai 2018, 5 pelajar Menengah 2 Peringkat O telah mengambil bahagian dalam sebuah peraduan bahasa dan budaya ala amazing race. Peraduan anjuran Malay Activity Executive Committees Council (MAEC) Timur Bukit Batok ini disertai lebih 70 sekolah. Para pelajar meradu minda dan tenaga sambil belajar peljagai aspek Bahasa Melayu dan Budaya.

Bengkel Nasi Ambeng

Pada 27hb September 2018, para pelajar menengah 1 dan 3 aliran Normal Teknikal telah menikmati juadah Nasi Ambeng. Sebuah bengkel Nasi Ambeng telah dijalankan sempena Dwiminggu Bahasa Ibunda. Para pelajar dihidangkan dengan bahan-bahan serta sejarah yang membentuk Nasi Ambeng. Mereka kemudian menjamu selera dengan makan berdulang.

Bengkel Roti Jala
Pada 27hb September 2018, para pelajar menengah 2 aliran Normal Teknikal telah mencuba membuat Roti Jala atau juga dikenali sebagai Roti Kirai dan Roti Renjis. Sebuah bengkel Roti Jala telah dijalankan sempena Dwiminggu Bahasa Ibunda. Para pelajar mempelajari tentang bahan-bahan serta cara membuatnya. Mereka kemudian menjamu selera dan mencicah roti jala dengan kari ayam.
Bengkel Pengacara dan DJ
Pada 27hb September 2018, para pelajar menengah 3 aliran Normal Akademik dan Ekspres menjalani sebuah bengkel pengacaraan dan DJ sempena Dwiminggu Bahasa Ibunda. Para pelajar telah mengasah kemahiran bertutur dan sebutan sekaligus melatih tahap keyakinan menyampaikan ucapan secara rasmi di khalayak ramai.
Sesi Kompang
Sesi DIkir Barat
Sesi Tarian Zapin
Mother Tongue Fortnight Activity (Dikir Barat –CNY concert)
Setelah mengikuti perkhemahan Bahasa pada 5hb Januari 2017, sekumpulan para pelajar menengah satu diberi peluang untuk mengadakan persembahan dikir barat sempena konsert sambutan Tahun Baru Cina pada 27hb Januari 2017. Para pelajar diberi kepercayaan serta autonomi untuk memilih lagu yang ingin dipersembahkan. Selain daripada lagu ‘Rakan Muda’ yang telah ditetapkan, pelajar memilih untuk mendendangkan lagu ‘Tahun Baru Cina’ dalam Bahasa Mandarin. Mereka telah membuat persembahan yang menarik dan menghiburkan.

Pementasan Nuri Terbang Malam di Esplanade
Pada 27hb Mac 2017, seramai 42 pelajar menengah 2 aliran Normal Akademik telah menonton pementasan Nuri Terbang Malam di Esplanade. Pementasan tersebut membawa pelajar merentasi peralihan genre muzik setempat. Pelajar mempelajari tentang perkembangan dan pengaruh muzik dalam dunia seni tanah air. Pementasan tersebut memberi kesan kepada pelajar yang juga seronok menikmati santapan muzik yang didendangkan sepanjang pementasan.